Aktiviti Bulan Hari Kemerdekaan – Tik Tok 2

30 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Tik tok telah menjadi aplikasi yang semakin mendapat minat di hati para belia. Pusat Internet Sibujaya mengambil kesempatan dan peluang ini untuk menjadikan Tik Tok sebagai salah satu aktiviti kemerdekaan untuk menarik minat ahli-ahli pusat internet memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan.

Aktiviti ini berlansung selama dua hari di mana pada hari pertama, para peserta telah berlatih terlebih dahulu sebelum mula merekod video Tik Tok mereka. Pada hari kedua ini mereka memulakan sesi merekod video di mana mereka telah mendapat bimbingan daripada petugas pusat internet untuk menghasilkan video yang bermutu dan menepati tema bulan kemerdekaan. Seramai tiga kumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli pusat internet telah menyertai aktiviti ini dan video hasil buatan mereka akan dikongsi di laman FB Pusat Internet Sibujaya.

Selain itu, perkongsian KDB dan advokasi turut dilakukan oleh Pusat Internet Sibujaya demi memberi kesedaran kepada para peserta akan pentingnya penggunaan internet secara berhemah di samping memberi bimbingan kepada para peserta cara menjaga keselamatan diri semasa menggunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali